Pusaka Nusantara @ ICLET 2026
Pusaka Nusantara Sdn Bhd (PNSB) merakamkan penghargaan kepada Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages (KSTCL), International Islamic University Malaysia (IIUM), atas jemputan dan kepercayaan untuk bersama-sama menjayakan majlis perasmian ICLET 2026 pada 1 Oktober 2026 di IIUM Kampus Pagoh, Johor.
Melalui penajaan persembahan Seni Silat dan Gema Aluan Kompang, PNSB berbesar hati dapat menyumbangkan pengisian kebudayaan bagi melestarikan seni dan warisan Nusantara pada peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan ruang kepada warisan dan kesenian Nusantara dalam pertemuan akademik antarabangsa yang menghimpunkan bidang bahasa, pendidikan dan pelancongan.
Kerjasama dan silaturrahim yang dijalinkan ini memberi ruang untuk bersama-sama memelihara warisan dan kesenian Nusantara, di samping mengeratkan hubungan antara penggiat seni dengan komuniti pendidikan.
Penghargaan turut dirakamkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, pasukan persembahan dan semua pihak yang membantu sepanjang persiapan serta pelaksanaan majlis.
Semoga hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui kerjasama yang memberi manfaat kepada pendidikan, kesenian dan masyarakat.
Kain songket indah hiasan,
Dipakai santun di waktu malam;
Bersama kita memelihara warisan,
Dengan kasih merahmati alam.
#PusakaNusantara #PNSB #ICLET2026 #KSTCL #IIUM #WarisanDanKesenianNusantara



