Siapa Kami?
Pusaka Nusantara Sdn Bhd (PNSB) ialah sebuah perusahaan sosial Malaysia yang berdaftar dan beroperasi dengan semangat organisasi bukan kerajaan (NGO) yang kuat.
Harapan Kami
Ditubuhkan untuk memelihara dan menghidupkan semula warisan seni dan budaya Melayu yang kaya sambil memperjuangkan kelestarian alam sekitar, PNSB menggabungkan pemeliharaan budaya dengan pemerkasaan komuniti serta amalan perniagaan yang mampan.
Misi Kami
Memperkasa komuniti seni dan warisan budaya Nusantara melalui akses pendidikan dan latihan disamping memupuk pembangunan ekonomi
kreatif dan pendapatan mampan dalam komuniti disamping menjaga kelestarian alam semula jadi.
Visi Kami
Menjadi pemangkin utama dalam pemeliharaan, promosi dan pemerkasaan warisan seni budaya Nusantara dan kelestarian alam sekitar melalui komuniti seni dan warisan.
Slogan Kami
ممليهارا واريسن مرØÙ…تي علم
Pusaka Nusantara Sdn Bhd berdiri di persimpangan budaya, kreativiti, perdagangan dan pemuliharaan untuk memastikan jiwa seni warisan Melayu terus memberi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang disamping membina dunia yang lebih adil dan lestari.
