Categories
Program

MAJLIS KEBANGKITAN WARISAN

3
previous arrow
next arrow

Majlis Kebangkitan Warisan merupakan sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Pusaka Nusantara Sdn. Bhd. dengan kerjasama para penggiat seni tempatan serta mendapat sokongan daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia (MOTAC).


Majlis ini berlangsung pada 1 Mei 2026, bertempat di Concourse, Ground floor Sunsuria Forum Mall, Setia alam bermula jam 3.00 petang dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot , Ketua Setiausaha MOTAC. Majlis ini menarik kehadiran seramai 1,000 pengunjung, termasuk tetamu kehormat (VVIP), serta terbuka kepada orang awam secara percuma sebagai usaha memperluas akses masyarakat terhadap seni dan kebudayaan warisan.

Berteraskan misi untuk memartabatkan kembali seni dan budaya tempatan, Majlis Kebangkitan Warisan memberi fokus kepada usaha mengetengahkan semula peranan penggiat seni sebagai pemangkin utama dalam menghidupkan warisan bangsa. Majlis ini berfungsi sebagai platform inklusif yang menghimpunkan pelbagai bentuk seni dan busana tradisional dan kontemporari, sekaligus membuka ruang kepada penggiat seni
untuk terus berkarya, berkolaborasi dan memperkenalkan hasil seni mereka kepada khalayak yang lebih luas.


Penganjuran majlis ini juga menekankan kepentingan menyatukan semula elemen- elemen warisan yang semakin terpinggir agar terus relevan dan tidak dilupakan oleh generasi masa kini. Dengan penglibatan peserta cilik serta penyertaan aktif golongan belia, program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan masyarakat terhadap keaslian warisan budaya serta kepentingannya dalam membentuk jati diri bangsa.

Secara keseluruhannya, Majlis Kebangkitan Warisan bukan sekadar sebuah acara persembahan, tetapi merupakan satu usaha yang menyokong kelestarian warisan budaya dan memperkukuhkan hubungan antara generasi dalam menghargai khazanah seni yang tidak ternilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *