Majlis Kebangkitan Warisan
Pusaka Nusantara Sdn. Bhd. (PNSB) telah berjaya menganjurkan Hari Kebangkitan Warisan 2026 di Sunsuria Forum Mall, Setia Alam dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bagi meraikan kekayaan seni, budaya dan warisan Nusantara.
Program ini merupakan salah satu inisiatif PNSB dalam usaha memelihara, memperkasa dan memartabatkan warisan budaya sebagai khazanah bangsa yang menjadi asas kepada pembentukan identiti dan jati diri masyarakat. Pelbagai pengisian telah dipersembahkan sepanjang program termasuk Gema Paluan Kompang, persembahan silat tradisional, tarian warisan, peragaan busana batik dan songket, pameran kebudayaan serta persembahan khas Kugiran Nagara Band.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang turut menzahirkan sokongan terhadap usaha pemuliharaan dan pengembangan warisan budaya negara melalui penglibatan aktif masyarakat serta organisasi yang berperanan dalam sektor seni dan kebudayaan.
Hari Kebangkitan Warisan 2026 bukan sekadar platform persembahan seni dan budaya, malah menjadi wadah penyatuan masyarakat dalam menghargai nilai warisan yang diwariskan oleh generasi terdahulu. Program ini turut mencerminkan komitmen PNSB dalam memastikan warisan budaya terus dipelihara seiring dengan usaha membina masyarakat yang menghargai alam sekitar, nilai kemanusiaan dan kelestarian kehidupan.
Melalui penganjuran program seperti ini, PNSB berharap agar warisan budaya Nusantara akan terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang sebagai aset penting negara yang menyatukan masyarakat serta memperkukuhkan identiti bangsa.
Tema
"Memelihara Warisan, Merahmati Alam"
PNSB percaya bahawa pemeliharaan warisan budaya dan kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama dalam membentuk masyarakat yang berbudaya, berilmu dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi masa kini dan masa hadapan.
#MajlisKebangkitanWarisan2026 #PusakaNusantara #PNSB #KebangkitanWarisan #MerahmatiAlam #WarisanNusantara #SeniBudayaMalaysia #BudayaNusantara #MOTAC #KhazanahBangsa



